Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kulai (SMKKK) telah dibuka pada 1 Jun 2001. Sebelum itu, SMKKK telah menumpang di SMK Tunku Abd Rahman Putra (STARP), sementara menunggu bangunannya siap. Sekolah itu mendapat nama sempena nama taman perumahan yang pertama diwujudkan di kawasan sekolah ini dibina.
Sekolah ini telah beroperasi di bangunan sendiri pada awal sesi persekolahan tahun 2003. Sekolah ini terdiri daripada 3 blok bangunan 4 tingkat yang didirikan di atas tanah seluas 12 ekar di kawasan perumahan Taman Putri Kulai. Pengetua pertama, Pn Tham Juet Lin telah bersara dan diganti oleh Pn chong Lian How mulai 1 Jun 2007 sehingga Nov. 2008. Mulai Dis. 2008 tempat beliau telah diganti oleh En Zainal bin Mesran sehingga kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan